Kelab ini diketuai oleh seorang pengarah urusan sebagai peneraju utama,mengikut di belakang ialah barisan 4 orang ahli lembaga pengarah; iaitu pengurus sumber manusia, pengurus kewangan, pengurus pengeluaran serta pengurus pemasaran; serta 20 orang ahli pemegang syer syarikat..dalam menyahut prakasa perbadanan kemajuan ekonomi selangor (PKNS) untuk melahirkan bakal-bakal usahawan dan usahawanita negara satu hari nanti..
alkisahnya,atas kata sepakat dan komitmen penuh dari semua ahli dan guru, maka syarikat ini diberi nama syarikat permata resourses unlimited beyond yourself (RUBY)...dimana pemilihan namanya membawa maksud-maksud yang melambangkan falsafah serta prinsip penubuhan syarikat ini:
permata>melambangkan kami umpama permata yang perlu digilap dan diasah dari awal supaya akhirnya,ia boleh mengeluarkan sinar dan berkilau dengan terang
ruby>melambangkan ahli syarikat sentiasa bersemangat dan berharga bagaikan batu delima yang berkilau kemerahan
resourses unlimited beyond yourself>bermaksud sumber atau tenaga kerja kami tidak akan penah habis dan melangkaui batasan diri
dalam agenda mesyuarat juga, selain menamakan syarikat, kami juga telah bersepakat melantik 5 orang ahli lembaga pengarah (ALP) dan seorang pengarah ICT yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4..serta meilhamkan logo koporat serta merancang aktiviti perniagaan yang akan dijalankan sepanjang tahun 2009 ini..
diharapkan SYARIKAT PERMATA RUBY SDN. BHD. akan mencapai sasaran dalam menjayakan hasrat murni PKNS untuk melahirkan bakal usahawan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti..insya-Allah..


No comments:
Post a Comment