Saturday, February 28, 2009

sabtu,28 februari 2009
(cuti balik kampung)..
kami seramai 2 orang ahli telah berkunjung ke sungai besar bagi melihat barang-barang yang telah disenaraikan sebagai stok jualan kami untuk bulan nie..(bese r orang rajin..hik3)
kemudian mata kami tertancap la pada sebuah kedai yang agak femes di saentero daerah sabak bernam..lalu kami mencuci mata dengan kain2 dan baju2 yang terdapat di situ..(hik3..kalau dah namanya perempuan..)

kebetulan kami sedang mencari baju kurung (seragam) untuk pelajar tingkatan 4..

dan ini adalah antara kain2 yang telah menambat hati kami..




kain2 ini merupakan keluaran terbaru di pasaraya ekonomi yang-yang...dan harganya cuma rm 27.00 sepasang (4meter kain..)
bagi yang berminat boleh kunjungi pekan sungai besar,kerana di sini pelbagai baju berkualiti yang dijual dengan harga yang murah mudah diperoleh..
(sekadar mempromosi zoom malaysia..he3)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, February 27, 2009

the establishion.....

pada awal minggu bulan januari 2009,seramai 25 pelajar smk agama simpang lima yang cukup berdedikasi telah mengorak langkah mereka dalam menceburi bidang keusahawanan, atas minat berbekalkan motivasi diri dan semangat yang cukup kental...yang akhirnya telah mencetuskan revolusi penubuhan sebuah kelab yang dimana ahlinya digelar sebagai 'usahawan muda'...dengan 25 ahli a.k.a pemegang saham syarikat,dibantu oleh 2 orang guru pembimbing yang cukup komited dan intelek berkarisma..
Kelab ini diketuai oleh seorang pengarah urusan sebagai peneraju utama,mengikut di belakang ialah barisan 4 orang ahli lembaga pengarah; iaitu pengurus sumber manusia, pengurus kewangan, pengurus pengeluaran serta pengurus pemasaran; serta 20 orang ahli pemegang syer syarikat..dalam menyahut prakasa perbadanan kemajuan ekonomi selangor (PKNS) untuk melahirkan bakal-bakal usahawan dan usahawanita negara satu hari nanti..
alkisahnya,atas kata sepakat dan komitmen penuh dari semua ahli dan guru, maka syarikat ini diberi nama syarikat permata resourses unlimited beyond yourself (RUBY)...dimana pemilihan namanya membawa maksud-maksud yang melambangkan falsafah serta prinsip penubuhan syarikat ini:

permata>melambangkan kami umpama permata yang perlu digilap dan diasah dari awal supaya akhirnya,ia boleh mengeluarkan sinar dan berkilau dengan terang

ruby>melambangkan ahli syarikat sentiasa bersemangat dan berharga bagaikan batu delima yang berkilau kemerahan

resourses unlimited beyond yourself>bermaksud sumber atau tenaga kerja kami tidak akan penah habis dan melangkaui batasan diri

dalam agenda mesyuarat juga, selain menamakan syarikat, kami juga telah bersepakat melantik 5 orang ahli lembaga pengarah (ALP) dan seorang pengarah ICT yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4..serta meilhamkan logo koporat serta merancang aktiviti perniagaan yang akan dijalankan sepanjang tahun 2009 ini..
diharapkan SYARIKAT PERMATA RUBY SDN. BHD. akan mencapai sasaran dalam menjayakan hasrat murni PKNS untuk melahirkan bakal usahawan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti..insya-Allah..